Masih Ramai Anak Asnaf Tiada Peluang 

Belajar Al-Quran, Bagaimana Nasib Mereka?



JOM TAJA ANAK ASNAF & YATIM MENGAJI AL-QURAN





Ramai ibu ayah di PPR tak mampu menghantar anak-anak ke kelas Al-Quran kerana kos sara hidup yang sangat tinggi. Pelajaran Al-Quran di rumah juga terhad kerana siang malam perlu mencari pendapatan.


Justeru, kami membuka peluang kepada tuan puan yang sudi menaja anak-anak ini untuk mengaji Al-Quran melalui Kelas Sahabat Al-Quran (SAQ). Alhamdulillah, menerusi kelas yang disediakan mereka peroleh banyak manfaat dalam mengikuti modul yang disediakan.


Apa itu kelas Sahabat Al-Quran (SAQ) ?

Kelas Sahabat Al-Quran ialah sebuah program pendidikan bermodul yang memfokuskan pengajian Al-Quran dan penerapan asas kefahaman Islam secara percuma kepada anak-anak asnaf dan yatim.

Kelas ini bukan sahaja menekankan pendidikan Al-Quran dari sudut bacaan dan tajwid, tetapi turut memasukkan kefahaman mengenai isi Al-Quran, praktikal fardhu ain dan kefahaman Islam agar dapat dipraktikkan serta diterjemahkan kepada akhlak dan adab peserta.

Perkataan “Sahabat Al-Quran” dipilih dan digunakan adalah bertujuan mengajak dan mendidik masyarakat agar menjadikan Al-Quran sebagai sahabat dan teman setia di dalam kehidupan mereka tidak kira di mana mereka berada.


Apa Keunikan Kelas Mengaji SAQ?

1. Modul yang pelbagai dan menyeronokkan
2. Kelas diadakan 2x seminggu
3. Fokus kepada anak-anak asnaf & yatim
4. Pengajaran & pembelajaran yang praktikal
5. Kelas konsisten sepanjang tahun
6. Para guru yang komited dan berdedikasi
7. Golongan berumur 6-13 tahun yang layak sertai


9 Buah Modul Pembelajaran Kelas SAQ:

1. Tajwid
2. Tafsir
3. Ibadah
4. Hadis
5. Sirah
6. Aqidah
7. Palestin
8. Modul Khas
9. Modul Solat


Terdapat 19 Cawangan di seluruh Malaysia:

Selangor = 3 kelas
Kuala Lumpur = 13 kelas
Sabah = 3 kelas



SAHABAT REMAJA

Kelas Sahabat Remaja merupakan penerus kepada kelas Sahabat Al-Quran (SAQ) bagi golongan asnaf/B40, anak yatim dan kurang berkemampuan yang berusia 13 - 17 tahun.


APAKAH OBJEKTIF PROGRAM INI?

1) Kefahaman Islam:
Memperkasakan ajaran Islam yang sebenar menurut Al-Quran dan Hadis

2) Amali Dakwah:
Mempraktikkan ajaran Islam melalui kegiatan sosial, pendidikan dan amali dakwah

3) Kemandirian:
Memupuk jati diri dan kemampuan untuk beradaptasi dengan pelbagai situasi








AKTIVITI YANG DIJALANKAN BERBENTUK:

1) Belajar agama secara santai seperti usrah
2) Aktiviti menyihatkan fizikal seperti riadah & bersukan
3) Tambah soft skill (Teamwork & pengurusan organisasi)
4) Mengasah dan mencungkil bakat baru



Ayuh bantu mereka!
Ini salah satu cara kita berdakwah dengan bantu anak-anak ini dalami ajaran Islam.



Bagaimana nak menyumbang?

Tuan puan boleh salurkan sumbangan ke akaun Yayasan Maghfirah:




#Penama: Yayasan Maghfirah 

#Rujukan: SAQ23


Sebarang pertanyaan/penghantaran resit boleh hubungi pegawai kami:

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh bertanya kepada saya (Puan Sarah)


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TAJA PELAJAR PEDALAMAN SABAH (RM1,000)
TAJA 5 PELAJAR SAQ (RM400)
TAJA 3 PELAJAR SAQ (RM240)
TAJA 1 PELAJAR SAQ (RM80)
TAJA 2 PELAJAR SAQ (RM160)
Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

Log Masuk atau

BUTIRAN SUMBANGAN